I'm Me ![]() Jerit Sini! Soalan ? Nak tanya apa2 ? Tanya kat sini ! InsyaAllah ana jawab =) Credits! Lagu Blog |
Appreciate. And.. Listen. ![]() Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakaaatuuhh . =) dan Salam Sejahtera. Haippp , hang tahu tak berapa lama dah Ez.hanataam ni tidak menulis pada blog? I think I haven't post anything in 5 months already. "Say whatt ?" Yeahh , true. 5 months above. That is saddening me. Well, I can't search for any free time to post on my blog. Poor bloggie ^^. Nevermind. Start the topic here ! Baiklah sayang-sayangku yang comel , anggun , cantik jelita. "Alhamdulillahh =)" Hari ni , Ez nak cakap pasal Appreciate. What is the meaning of that word ? Maksudnya ialah Menghargai. Baiklah sayangku , Pernah ataupun tidak , kamu rasai dalam hidupmu , satu perasaan di mana kamu.. LANGSUNG TIDAK DIHARGAI. "Amboii , aku dah tolong kau , kau layan aku macam sampah!" "Kau tahu tak , aku penat selama ni , tolong kau , sampai hati kau hina aku lagi ?!" Dan pernahkah dalam hidup anda , ketika anda sedang menyapu sampah , tiba-tiba ada orang meminta anda mengambil barang mereka di tempat lain dan setelah anda membantu mereka itu , mereka langsung tidak mengucapkan terima kasih MALAH , merampas barang itu dan memuncung bibir. Pernahkah anda alami kisah seperti itu atau yang seangkatan dengannya ? Apakah reaksi anda. "Hoisyy , kalau aku ada hanger lah , dah lama sangkut je hanger kat muncung dia tu. Grr" Mesti bengang yang teramat , bukan ? Kalau anda bengang dan rasa mcm nak menangis ... bermakna , anda memerlukan... Mrs Appreciate ! ^_^ Hah ? O_o Yes , Mrs Appreciate ! Awak ,, awak kene selalu ingat , dalam dunia begitu BESAR ini , anda tidak hidup seorg. Dan , anda juga bukan hanya hidup dengan benda bukan hidup yang langsung tidak berperasaan. Bukan hanya anda sorg ada perasan , sayangku. Yes , not only you. Semua manusia itu berperasaan. Dan semuanya mahu diri mereka dihargai. (Dan semua mahukan diri mereka menjadi orang yang paaaaliiinggg betul.) Betul tak ? So , If you want to be Appreciated , you must Appreciate first. "Apa pulakk ? Habis , dia tu , dah la... " STOPPP dear ! Awakk , dengar quote ni ya , Want a better life , Be a better personJadi , dalam hidup ni awak , kalau awak nak penambah baikan , awak kene mulakan ! Yes , the starter of that SUCCESS is YOU ! Yes , saya tahu , untuk memulakan memang payah , dengan sakit hati lagi dengan orang sekeliling yang tak memahami dan sebagainya , tapi , percayalah cakap saya , bila awak yang mulakan , awak yang mula menghargai orang , orang akan hargai awak. "Ye ke ? Kalau tak berubah jugak >? " Baiklah awak , biar saya bagi awak satu analogi. Cuba awak tengok anak ketam , pernah tak nampak ketam tu berjalan lurus ? "TAKK" sebab apa ye ? Of course lah , sbb , makayahdatuknenek dia pun tak jalan lurus , macam mana dan buat apa dia nak jalan lurus ? Kan ? soo , kalau awak nak org jalan lurus sama dengan awak , awak kene jalan lurus dulu. Then , InshaaAllah , orang akan jalan lurus sama dengan awak . Biarkan , Biarlah mereka tak pernah hargai awak , Biarlah kalau mereka terus bersikap sombong , Asalkan , awak tak jadi sama mcm mereka. Cubalah menghargai. Cubalah terus menerus melakukan kebaikan walaupun dihina dengan najis sekalipun ! Yes ,dear. Awak tengoklah Rasulullah S.A.W Hidup baginda , adakah semua orang berbuat baik kepada baginda ? Adakah baginda sering diangkat dan dijulang semasa baru ingin menyampaikan dakwah islamiah ? Tidak , baginda sering dicerca dan dihina. Malah , dibaling dengan najis. Padahal , baginda sedang mengajak manusia kepada kebenaran , bukan ? Baginda sedang membantu manusia agar tidak dibakar api neraka yang marak menyala. Tetapi , apakah yang baginda lakukan apabila dihina ? Adakah baginda , membalas hinaan itu ? Adakah baginda turut melakukan kejahatan kepada oarang yang menghina baginda ? Tidak ! Tidak sama sekali. Malah , baginda membuatkan makanan untuk orang tua yang membaling najis kepadanya ketika orang itu sakit. Dan , lihatlah hasil daripada sikap baginda yang terus menerusan Menghargai itu ! Islam memayungi 2/3 dunia ! Jadi awak , mulai hari ni , mulakan sikap SUKA MENGHARGAI ORANG LAIN. Ya , terus menerus menghargai dan mendengar, InshaaAllah. Anda akan dihargai . Amalkanlah sikap itu dimana-mana saja. Contohnya , di dalam sekolah , Antara kawan dan kawan yang lain , Kawan mendengar dan menghargai. Dan , kawan lagi sorg pun akan mendengar dan menghargai. Di tempat kerja. Orang bawahan dan atasan terus mendengar dan menghargai antara satu sama lain. Di rumah. Ibu bapa dan anak-anak perlu mendengar dan menghargai, Dan di mana-mana sahaja ! Soo , starting from now , say , InshaaAllah , kita dapat membina negara yang baru , saling mendengar dan menghargai antara satu sama lain! |
1 Ulasan:
Terima kasih atas nasihat yang sweet ini. :-D
Catat Ulasan
Hyee , kalau sudah baca , meh sini
Ok , korg nak tulis apa2 ? Tulislah komen ~
Komen anda amat dihargai .
Sekian Time kASIH . Tenkiu !